Monday, September 14, 2009

Decision Science:Penerangan ke arah pemahaman


Program Sains Pemutusan (Decision Science) adalah salah satu program yang ditawarkan di Universiti Utara Malaysia (UUM).Sains Pemutusan adalah salah satu cabang dalam bidang pengurusan.90 peratus program terasnya adalah dalam bentuk matematik,teknik membuat keputusan dan pengaturcaraan (programming).

Peluang kerjaya untuk Sains Pemutusan banyak dalam bidang yag melibatkan perancangan dan penyelidikan, cotohnya pengangkutan, perbankan,pengurusan perniagaan,kewangan,insuran, pendidikan, perkapalan, khidmat perundingan,penganalisis data,perkilangan dan lain-lain.

Sebagai contoh, dlm bidang pengangkutan, mengambil contoh pengangkutan udara.

Bagi sesebuah syarikat penerbangan, salah satu aspek yang penting ialah penentuan / pembahagian kapal terbang (jenis / kapasiti) kepada destinasi pada satu-satu masa.

Bagi menyelesaikan masalah ni, keputusan perlu dibuat dengan objektif mendapatkan hasil yang maksimum (pastikan kapasiti kapal terbang sesuai dengan bilangan penumpang) dan kos yg minimum (minyak, kos penjagaan, dsb). sebagai contoh, 1) sesebuah kapal terbang yg akn digunakan ke sesuatu destinasi perlu sesuai dengan jarak penerbangan & panjang runway. 2) pembahagian tugas perlu dibuat dengan memastikan bahawa kesemua flight crews di semua destinasi mendapat beban tugas yg adil. 3) pembahagian masa yang cukup untuk penumpang masuk dan keluar daripada kapal terbang.

Pada asalnya, pembahagian ni dilakukan secara manual, dan memakan masa yang agak panjang. Sekarang, telah banyak perisian yang boleh membantu pembahagian kapal terbang- destinasi / flight crews - kapal terbang. walau bagaimanapun, biasanya perisian ni kebanyakannya lebih tertumpu kepada memudahkan proses pembahagian tugas / kapal terbang / laluan, dan penyelesaian yang diperolehi menggunakan perisian seperti ni bukan optimum, namun lebih baik daripda penyelesaian secara manual. Harga bagi perisian seperti ni biasanya agak mahal.

Salah satu kemahiran pelajar Sains Pemutusan ialah menyelesaikan masalah pembahagian kapal terbang - destinasi tanpa menggunakan perisian yg mahal. Yang perlu cuma kemahiran dalam bidang Sains Pemutusan.

Lagi tentang Program Sains Pemutusan: Klik di sini

No comments: