Wednesday, September 23, 2009

Riang Ria Berhari Raya


1 Syawal telah berlalu.Tapi sekarang masih terasa bahang hari raya sebab masih dalm mood raya di Hari yang ke-6.Kalau diikutkan ajaran Islam, kita patut dan wajib menyambut hari raya Aidilfitri hanya pada 1 Syawal.Pada 1 Syawal itu juga kita diharamkan berpuasa.Kita bersama2 meraikan Aidilfitri dan ziarah-menziarahi.Sentiasa bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Ilahi.Hari-hari selebihnya hanyalah sekadar budaya kita orang Melayu.Disunatkan kepada kita untuk berpuasa 6 hari selepas hari raya Aidilfitri.Manfaatnya Allah menjanjikan kepada umatnya yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan seperti berpuasa sepanjang tahun.Begitu besar ganjaran yang Allah kurniakan kepada umat manusia.Tetapi ibadah ini biasanya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita.Mungkin ia hanya sekadar sunat sahaja yang memungkinkan kita tidak mahu melakukan ibadah ini.Sama-samalah kita fikirkan sama ada mahu menjadi manusia yang untung ataupun rugi.

Walaubagaimanapun, hari raya dilanjutkan selama sebulan oleh orang Melayu ada signifikannya yang tersendiri.Kita akan membuat rumah-rumah terbuka,berjumpa sanak sudara yang berjauhan,bertemu sahabat handai.Tidak kira apa jenis kaum sekalipun sama-sama meraikan lebaran bersama.Ini secara tidak langsung memberi pemahaman dan menyerlahkan budaya Melayu yang kaya dengan budi pekerti dan sopan santun.Sesuai dengan gagasan 1 Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan oleh perdana menteri kita.

Satu lagi tradisi kita orang Melayu ialah budaya pulang ke kampung.Tradisi ini memang sangat menarik dan lain daripada budaya orang lain.Ini dapat dilihat dengan keghairahan mereka untuk pulang ke kampung sehingga sesak jalan raya,habis tiket bas dan peningkatan kadar kematian.Jika kita lihat budaya orang kulit putih apabila menyambut Krismas,mereka tidak pulang ke kampung,mereka hanya menyambut dalam satu keluarga sesama sendiri dan mementingkan privasi.Keadaan ini juga memberikan kita peluang untuk mengingati asal-usul kita dari kampung.Walaupun sudah berpangkat dan mempunyai harta yang bertimbun-timbun,masih lagi mahu pulang ke kampung.Walaupun bargaya sakan dan melaram dengan baju baru ia tidak langsung menyerlahkan elemen bermegah-megah tetapi ia menjadi satu keceriaan di hari raya.

Oleh itu dihari yang mulia ini sama-sama kita bermaaf-maafan sesama sendiri.Selamat Hari Raya Aidilfitri.

No comments: