Sunday, January 24, 2010

Rebranding Life

Sesuatu yang susah untuk dilakukan dalam hidup adalah untuk melakukan atau melaksanakan apa yang telah dirancang.Ungkapan "Plan the work and work the plan" harus disemat dalam sanubari dan pupuk semangat itu dengan mengamalkan apa yang diungkapkan.. Ramai yang telah kecundang dalam pelbagai bidang akibat tidak merancang dan menjalankan apa yang dirancangkan. Ramai yang hanya hangat berkata-kata tapi habuk pun tak ada. Ramai yang mengutuk dan mengecam sesuatu perkara tapi duduk diam kaku tanpa berbuat apa-apa.

Sebab itu orang Islam pernah dinasihatkan oleh Rasulullah melalui sabdanya, beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup selamanya. Jelas sekali kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita agar diri kita dan orang disekeliling kita mendapat kebaikan dari kewujudan kita diatas muka bumi ini. Mari kiita sama-sama berdoa agar segala yang kita rancangkan akan kita lakukan dengan sebaik mungkin. Jangan nanti hanya tinggal hangat-hangat tahi ayam...Panjang dengan angan-angan..sampai bila tidak akan kita temui kemajuan..

No comments: