
Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang banyak berkongsi kesamaan dalam banyak perkara.Ini disebabkan Malaysia dan Indonesia adalah serumpun.Kita banyak berkongsi ciri-ciri yang hampir sama baik dari segi budaya,tatasusila,agama dan juga bahasa.Dengan terciptanya banyak persamaan ini juga,Malaysia dan Indonesia telah mengukuhkan tali silaturrahim antara satu sama lain.Sejarah telah membuktikan Malaysia dan Indonesia tidak banyak berbeza.Pernah dahulu dicadangkan untuk menubuhkan 'Melayu Raya' iaitu gabungan antara negara Malaysia dan Indonesia untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dan Indonesia dalam peta dunia.Itu adalah salah satu bukti Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama dalam banyak hal bagi menguntungkan kedua-dua buah negara.Tetapi langit tidak selamanya cerah,terkadang-kadang kita sendiri tergigit lidah.Malaysia dan Indonesia pernah melalui hubungan yang keruh sehinngga Presiden Sukarno dahulu pernah mengishtiharkan 'ganyang Malaysia' .Tetapi selepas itu,hubungan antara keduanya menjadi baik malah semakin akrab.Jadi, isu tarian pendet ini tidak harus menjadi punca persengketaan antara kedua-dua buah negara kerana isu sebegini ternyata kecil sekali.Malaysia dikatakan mencuri budaya mereka melalui Klip video Melawat Malaysia yang telah menayangkan Tarian Pendet sebagai satu tarikan.Memang nampak sangat bahawa isu ini telah dimainkan atau diperbesar-besarkan oleh media terutama oleh media Indonesia.Mereka telah membakar semangat rakyat Indonesia dengan memainkan isu-isu terdahulu seperti kes penderaan tenaga kerja, kes sempadan blok Ambalat dan Manohara. Kesannya penduduk Indonesia yang berpendidikan rendah yang mudah terpengaruh dengan sentimen seperti ini.
Saya berharap semua pihak akan dapat bersama-sama dalam usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sesungguhnya hubungan baik dua negara Islam ini adalah kunci kekuatan ummah di rantau Nusantara dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya.
Harapan untuk pihak media dua negara agar memainkan peranan penting dalam menjernihkan suasana, turut kami harapkan. Semoga kebijaksanaan kita dalam bidang masing-masing akan dapat digunakan dalam menangani isu ini.
Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan.
Harapan untuk pihak media dua negara agar memainkan peranan penting dalam menjernihkan suasana, turut kami harapkan. Semoga kebijaksanaan kita dalam bidang masing-masing akan dapat digunakan dalam menangani isu ini.
Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan.
No comments:
Post a Comment