Sunday, December 20, 2009

Long Live Malaysia



Penantian Emas Malaysia selama 20 tahun dalam acara bolasepak di sukan SEA akhirnya tercapai apabila jaringan sendiri oleh pemain pertahanan Vietnam.
Syabas dan tahniah kepada Skuad Bawah 23 tahun negara kerana berjaya mengharumkan nama negara.(Ramai juga yang tidak tahu yang sukan SEA hanya membenarkan pemain bawah 23 sahaja)
Kali terakhir Malaysia menang pada 20 tahun yang lalu ketika menentang Singapura pada perlawanan akhir di Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. Berapa umur anda ketika ini? Ketika ini saya baru sahaja berumur 3-4 tahun.
Detik paling manis pada sukan SEA kali ini untuk skuad bolasepak Malaysia adalah berjaya mengalahkan pasukan Thailand 2-1 pada peringkat kumpulan sekaligus menyingkirkan pasukan Thailand ke separuh akhir. Pasukan Thailand yang dilihat sebagai pasukan yang mempunyai pemain yang lebih jauh berbakat dan mantap telah dapat ditundukkan oleh pasukan Malaysia. Mungkin ramai yang tidak percaya Malaysia akan menjulang Piala Sukan Sea jika tidak dapat mengalahkan Thailand.
Tahniah dan Syabas kepada semua pemain-pemain Malaysia dan juga jurulatih Malaysia K.RajaGopal.
Walaupun Malaysia menang dalam perlawanan ini bagi pendapat saya mutu permainan masih banyak perlu diperbaiki dan diperkemaskan terutamanya pada bahagian tengah dan serangan. Pada bahagian pertahanan saya rasa mereka bermain dengan bagus terutamanya penjaga gol Malaysia. Ini berdasarkan 3 perlawanan terakhir Malaysia menentang Thailand,Laos dan Vietnam yang saya saksikan.
Saya juga berharap Malaysia akan teruskan dengan reputasi yang memberangsangkan seperti ini di masa-masa akan datang supaya kita tidak dilabel sebagai jaguh bermusim sahaja. Memang seharusnya pemain-pemain Malaysia ini patut diberi pujian, namun walau setinggi langit pujian yang diberi itu tidak akan memberi apa-apa makna kepada Malaysia pada masa akan datang jika tidak disertakan usaha yang berterusan pada masa akan datang.
Harap selepas ini Malaysia dapat menewaskan pasukan-pasukan yang lebih tinggi rangkingnya agar kita maju setapak demi setapak menuju Piala Dunia yang kita sering angan-angankan.

No comments: