Thursday, October 8, 2009

Dia mungkin berbohong


ADA banyak cara yang boleh kita pelajari untuk mengkaji seseorang yang suka berbohong.


BANYAK cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.

Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:

Nada suara

Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

Enggan berjumpa

Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.

Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.


Penduduk Islam 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.

Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.

"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.

Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.

Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.

Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.

Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP


Friday, October 2, 2009

Sinopsis Penuh Nur Kasih (Setiap episod, 1 hingga 26)


Drama bersiri yang menjadi kegilaan ramai.Ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat,jam 9 mlm.

Tajuk :Nur Kasih
pengarah : kabir bhatia
skrip: Mira Mustaffa(penulis filem Cinta dan Sepi)
Runut bunyi asal (original soundtrack): Yassin

Pelakon:Fizz Fairuz as Aidil Remy Ishaq As Adam Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina Sharifah Sofea as Katrina Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan Liza Othman as Hajah Khadijah Umi Nazeera as Siti Sarah Sheila Mambo as Mak Ani Rahim Omar as Imam Abu Bakar Ayu Raudhah as Aliya
link:
http://www.tv3.com.my/nurkasih/index.asp







Sinopsis cerita:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi..
lanjut



Drama ini mempunyai tarikan terendiri kerana mempunyai gaya penyampaian yang menarik dan jalan penceritaan yang normal dan tidak berlebih-lebihan sesuai dengan kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar.Mampu memberi kesan yang mendalam terutama dari segi keagamaan.


Bagi penggemar2 drama ini sila download mengikut link yg disediakan (tanpa iklan,akan diupdate setiap episod):


Episode 01 [2009.05.29] 66.25MB (MediaFire )
Episode 02 [2009.06.05] 72.31MB (
MediaFire )
Episode 03 [2009.06.12] 65.66MB (
MediaFire )
Episode 04 [2009.06.19] 63.52MB (
MediaFire )
Episode 05 [2009.06.26] 65.80MB (
MediaFire )
Episode 06 [2009.07.03] 79.95MB (
MediaFire )
Episode 07 [2009.07.10] 61.46MB (
MediaFire )
Episode 08 [2009.07.17] 87.91MB (
MediaFire )
Episode 09 [2009.07.24] 76.81MB (
MediaFire )
Episode 10 [2009.07.31] 89.37MB (
MediaFire )
Episode 11 [2009.08.07] 89.94MB (
MediaFire )
Episode 12 [2009.08.14] 85.21MB (
MediaFire )
Episode 13 [2009.08.21] 94.40MB (
MediaFire )
Episode 14 [2009.08.28] 81.87MB (
MediaFire )
Episode 15 [2009.09.04] 83.18MB (
MediaFire )
Episode 16 [2009.09.11] 86.52MB (
MediaFire )
Episode 17 [2009.09.18] 85.71MB (
MediaFire )
Episode 18 [2009.10.02] 91.75MB (
MediaFire |)



TERHANGAT!!!
Sinopsis Setiap Episod (1 hingga akhir) : Klik


Soundtrack: Nur Kasih - Yassin
Download: 2.95MB (4Shared)

Thursday, October 1, 2009

World's Most Expensive Cars

What is the most expensive car in the world? The 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe was sold for $8,700,000 in 1987. However, that car and many alike will not be included in this list because it is not available on the market today. It is hard to imagine someone would actually spend 8 million dollars on a car instead of using it for something more productive.


1. Bugatti Veyron $1,700,000. This is by far the most expensive street legal car available on the market today. It is the fastest accelerating car reaching 0-60 in 2.6 seconds. It claims to be the fastest car with a top speed of 253 mph+. However, the title for the fastest car goes to the SSC Ultimate Aero which exceed 253 mph pushing this car to 2nd place for the fastest car.


2.
Lamborghini Reventon $1,600,000. The most powerful and the most expensive Lamborghini ever built is the second on the list. It takes 3.3 seconds to reach 60 mph and it has a top speed of 211 mph. Its rarity (limited to 20) and slick design are the reasons why it is so expensive and costly to own.


3.
McLaren F1 $970,000. In 1994, the McLaren F1 was the fastest and most expensive car. Even though it was built 15 years ago, it has an unbelievable top speed of 240 mph and reaching 60 mph in 3.2 seconds. Even as of today, the McLaren F1 is still top on the list and it outperformed many other supercars.


4.
Ferrari Enzo $670,000. The most known supercar ever built. The Enzo has a top speed of 217 mph and reaching 60 mph in 3.4 seconds. Only 400 units were produced and it is currently being sold for over $1,000,000 at auctions.


5.
Pagani Zonda C12 F $667,321. Produced by a small independent company in Italy, the Pagani Zonda C12 F is the 5th fastest car in the world. It promises to delivery a top speed of 215 mph+ and it can reach 0-60 in 3.5 seconds.


6.
SSC Ultimate Aero $654,400. Don't let the price tag fool you, the 6th most expensive car is actually the fastest street legal car in the world with a top speed of 257 mph+ and reaching 0-60 in 2.7 seconds. This baby cost nearly half as much as the Bugatti Veyron, yet has enough power to top the most expensive car in a speed race. It is estimated that only 25 of this exact model will ever be produced.


7.
Saleen S7 Twin Turbo $555,000. The first true American production certified supercar, this cowboy is also rank 3rd for the fastest car in the world. It has a top speed of 248 mph+ and it can reach 0-60 in 3.2 seconds. If you are a true American patriot, you can be proud to show off this car.


8.
Koenigsegg CCX $545,568. Swedish made, the Koenigsegg is fighting hard to become the fastest car in the world. Currently, it is the 4th fastest car in the world with a top speed of 245 mph+, the car manufacture Koenigsegg is not giving up and will continue to try and produce the fastest car. Good luck with that!


9
. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $495,000. A GT supercar, the SLR McLaren is the fastest automatic transmission car in the world with a top speed of 206 mph+ and reaching 60 mph in 3.8 seconds. It is a luxurious convertible with a really powerful engine, which results in outstanding performances and style.


10.
Porsche Carrera GT $440,000. A supercar with dynamic stability control and a top speed of 205 mph+ and it can reach 0-60 in 3.9 seconds. The Porsche Carrera GT applies the absolute calibers of a true racing car to offer an unprecedented driving feeling on the road.



Thursday, September 24, 2009

Petikan Rencana Berita Harian [Kunta Kinte: Modal insan: Jangan hanya manis di mulut]


Ini adalah petikan daripada ruangan rencana akhbar Berita Harian bertarikh 25/9/2009.Rencana ini ditujukan kepada rakyat Malaysia khasnya kepada mereka yang bergelar Melayu.Sama-sama kita fikirkan dan ambil tindakan yang perlu..


Kunta Kinte harap walaupun tak banyak lagi matlamat dan ciri-ciri DEB yang tinggal - dah dihapuskan satu demi satu atas alasan kita nak bersaing, nak jadi global dan nak amal meritokrasi - matlamat pembinaan kapasiti ekonomi wajib diteruskan, khasnya di kalangan kaum majoriti Bumiputera.

Kalau tak sebab kegiatan membina kapasiti ekonomi ini, tidak ramailah budak-budak Melayu dan Bumiputera yang jadi pentadbir, pengurus, jurutera, doktor, arkitek, juruterbang, ahli sains dan ahli teknologi.

Dalam itu pun, ramai lagi yang tak sampai ke mana-mana. Hanya cukup jadi operator pengeluaran, juruwang di pasar raya, penghantar piza dan kerani am. Ramai jadi macam itu atas pilihan sendiri. Masa sekolah malas. Masa bekerja hendak ambil senang. Nak kerja yang ringan, nak kerja yang bersih dan nak banyak cuti dan rileks.


Ambil cerita mat rempit. Siapa yang silap? Kunta Kinte dah 40 tahun bawa kereta. Masa muda dulu naik motosikal dan skuter. Banyak dah tengok. Makin hari makin teruk disiplin jalan raya. Fasal mat rempit ni, siapa yang salah? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa yang tak larang anak bawah umur naik motosikal ke sekolah, ke kedai dan berfoya-foya?

Bukan setakat tak larang, ada yang fasal malas bangkit pagi atau atas alasan sibuk, beli motosikal untuk anak bawah umur pergi sekolah. Awal-awal lagi ajar anak jadi pesalah dan penipu dengan suruh mereka guna jalan kebun atau ban tali air.

Guru, polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan pun sama. Lepas batok di tangga saja. Bukan apa, ramai juga anak cikgu, anak polis dan anak pegawai JPJ yang naik motor tanpa lesen atau dah naik pangkat jadi mat rempit penuh masa.


Bila berlanggar dan mati sedih, menyesal dan macam-macam lagi. Pergi sajalah ke wad saraf dan tulang hospital kerajaan dan swasta. Bergantungan mat rempit yang kemalangan jalan raya. Ada yang patah tulang dan ramai yang jadi zombi atau mayat hidup fasal cedera otak dan saraf.

Rugilah bangsa kita kalau generasi muda ambil jalan mudah fasal ibu bapa tidak peduli atau sibuk cari makan, sibuk politik, sibuk tengok drama TV dan takut nak bagi nasihat kepada anak sendiri. Ada ibu bapa yang takut bagi nasihat kepada anak sendiri fasal takut anak-anak merajuk dan lari dari rumah. Maklumlah sekarang senang lari dari rumah sebab ada motor dan kereta.

Akhirnya siapa rugi dan siapa yang malu? Anak bangsa kita dan kita. Semua yang busuk dikaitkan dengan Melayu. Semua yang baik bangsa lain dapat. Beli motor di kedai Cina. Tukar paip exhaust supaya hingar bingar satu kampung di kedai Cina. Hutang beli motor di kedai Cina. Gadai barang emas nak bayar ansuran motor di kedai Cina. Perbaiki motor di kedai Cina.

Tapi bila dah jadi fenomena, tak pula guna nama Cina. Guna nama Melayu. Mat rempit la. Mat spanar la. Minah karan la. Kaki gian la. Yang jadi tauke ganja, candu dan pil khayal tu Melayu ke? Melayu jadi pengedar kampung dan pemadat. Kalau Melayu yang jadi tauke dadah, dah lama kena gantung.

Bila pekerja asing sibuk belajar jadi tukang kayu, tukang besi, tukang elektrik, tukang paip, tukang wayar, tukang masak, juruwang dan pelayan kedai makan, budak-budak kita jadi penghantar piza, McDonald’s dan surat fasal boleh naik motosikal.

Sepatutnya budak-budak kitalah yang belajar jadi tukang kayu, tukang besi, tukang elektrik, tukang paip, tukang wayar, tukang masak, juruwang dan pelayan kedai makan supaya satu masa nanti boleh buka perniagaan sendiri bukan jadi kuli sampai tua.

Kita jangan cepat marah bila ada projek macam F1. Ya lah belanja besar dan banyak lagi rakyat yang susah, yang perlu bantuan. Bantu wajib bantu. Itu kewajipan kerajaan. Tapi kita kena juga fikir masa depan. Kena fikir tentang macam mana nak belajar teknologi, kepakaran dan kemahiran baru.

Kalau kita bagi beras kepada orang susah, dia masak dan dia makan. Esok dia lapar kita kena bagi lagi. Tapi kalau kita bagi dia padi, kita bagi dia tanah dan kita ajar dia buat bendang, benih secupak boleh jadi seguni.

Jadi Kunta Kinte harap pembesar kita tu janganlah cakap fasal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan saja. Atau sibuk dengan PKI sampai ada dua menteri yang jaga. Tolong tengok macam mana sistem sosial dan pendidikan kita dah jadi tempat melatih mat rempit, kaki gian dan orang muda yang rendah akhlak. Jangan bangga dengan pencapaian cemerlang segelintir pelajar cerdik saja.

Bila mat rempit ini bawa kereta, bawa lori atau bawa bas, mereka buat macam mereka naik kapcai. Tak hairanlah jalan raya kita dak jadi medan tumpah darah.

Jadi tolonglah tengok. Sampai bila budak-budak Melayu nak jadi operator pengeluaran, kerani, pekerja pasar raya, penghantar piza dan GRO? Modal insan apa kalau ramai budak-budak kita kurang akhlak, kurang kemahuan, kurang ilmu dan kurang kepakaran?

Pembaca Elektronik

Telah lama mencari pembaca untuk ebook,akhirnya bertemu dengan sony prs-600.Bukan apa,sekadar mahu memudahkan pembacaan ebook yang didownload melalui internet.Dengan gadget ini tiada kertas digunakan dan yang lebih penting gadget ini senang dibawa kemana-mana sahaja kerana sangat ringan dan bersaiz kecil sedikit dari buku tulis biasa.Walaupun gadget ini difokuskan untuk membaca bahan-bahan seperti file format pdf,doc dan xml, ia juga mampu membaca images berformat jpeg dan GIF.Tidak ketinggalan juga gadget ini dilengkapi dengan pemain mp3 untuk hiburan ketika membaca.Baca lagi>>

Wednesday, September 23, 2009

Riang Ria Berhari Raya


1 Syawal telah berlalu.Tapi sekarang masih terasa bahang hari raya sebab masih dalm mood raya di Hari yang ke-6.Kalau diikutkan ajaran Islam, kita patut dan wajib menyambut hari raya Aidilfitri hanya pada 1 Syawal.Pada 1 Syawal itu juga kita diharamkan berpuasa.Kita bersama2 meraikan Aidilfitri dan ziarah-menziarahi.Sentiasa bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Ilahi.Hari-hari selebihnya hanyalah sekadar budaya kita orang Melayu.Disunatkan kepada kita untuk berpuasa 6 hari selepas hari raya Aidilfitri.Manfaatnya Allah menjanjikan kepada umatnya yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan seperti berpuasa sepanjang tahun.Begitu besar ganjaran yang Allah kurniakan kepada umat manusia.Tetapi ibadah ini biasanya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita.Mungkin ia hanya sekadar sunat sahaja yang memungkinkan kita tidak mahu melakukan ibadah ini.Sama-samalah kita fikirkan sama ada mahu menjadi manusia yang untung ataupun rugi.

Walaubagaimanapun, hari raya dilanjutkan selama sebulan oleh orang Melayu ada signifikannya yang tersendiri.Kita akan membuat rumah-rumah terbuka,berjumpa sanak sudara yang berjauhan,bertemu sahabat handai.Tidak kira apa jenis kaum sekalipun sama-sama meraikan lebaran bersama.Ini secara tidak langsung memberi pemahaman dan menyerlahkan budaya Melayu yang kaya dengan budi pekerti dan sopan santun.Sesuai dengan gagasan 1 Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan oleh perdana menteri kita.

Satu lagi tradisi kita orang Melayu ialah budaya pulang ke kampung.Tradisi ini memang sangat menarik dan lain daripada budaya orang lain.Ini dapat dilihat dengan keghairahan mereka untuk pulang ke kampung sehingga sesak jalan raya,habis tiket bas dan peningkatan kadar kematian.Jika kita lihat budaya orang kulit putih apabila menyambut Krismas,mereka tidak pulang ke kampung,mereka hanya menyambut dalam satu keluarga sesama sendiri dan mementingkan privasi.Keadaan ini juga memberikan kita peluang untuk mengingati asal-usul kita dari kampung.Walaupun sudah berpangkat dan mempunyai harta yang bertimbun-timbun,masih lagi mahu pulang ke kampung.Walaupun bargaya sakan dan melaram dengan baju baru ia tidak langsung menyerlahkan elemen bermegah-megah tetapi ia menjadi satu keceriaan di hari raya.

Oleh itu dihari yang mulia ini sama-sama kita bermaaf-maafan sesama sendiri.Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, September 14, 2009

Decision Science:Penerangan ke arah pemahaman


Program Sains Pemutusan (Decision Science) adalah salah satu program yang ditawarkan di Universiti Utara Malaysia (UUM).Sains Pemutusan adalah salah satu cabang dalam bidang pengurusan.90 peratus program terasnya adalah dalam bentuk matematik,teknik membuat keputusan dan pengaturcaraan (programming).

Peluang kerjaya untuk Sains Pemutusan banyak dalam bidang yag melibatkan perancangan dan penyelidikan, cotohnya pengangkutan, perbankan,pengurusan perniagaan,kewangan,insuran, pendidikan, perkapalan, khidmat perundingan,penganalisis data,perkilangan dan lain-lain.

Sebagai contoh, dlm bidang pengangkutan, mengambil contoh pengangkutan udara.

Bagi sesebuah syarikat penerbangan, salah satu aspek yang penting ialah penentuan / pembahagian kapal terbang (jenis / kapasiti) kepada destinasi pada satu-satu masa.

Bagi menyelesaikan masalah ni, keputusan perlu dibuat dengan objektif mendapatkan hasil yang maksimum (pastikan kapasiti kapal terbang sesuai dengan bilangan penumpang) dan kos yg minimum (minyak, kos penjagaan, dsb). sebagai contoh, 1) sesebuah kapal terbang yg akn digunakan ke sesuatu destinasi perlu sesuai dengan jarak penerbangan & panjang runway. 2) pembahagian tugas perlu dibuat dengan memastikan bahawa kesemua flight crews di semua destinasi mendapat beban tugas yg adil. 3) pembahagian masa yang cukup untuk penumpang masuk dan keluar daripada kapal terbang.

Pada asalnya, pembahagian ni dilakukan secara manual, dan memakan masa yang agak panjang. Sekarang, telah banyak perisian yang boleh membantu pembahagian kapal terbang- destinasi / flight crews - kapal terbang. walau bagaimanapun, biasanya perisian ni kebanyakannya lebih tertumpu kepada memudahkan proses pembahagian tugas / kapal terbang / laluan, dan penyelesaian yang diperolehi menggunakan perisian seperti ni bukan optimum, namun lebih baik daripda penyelesaian secara manual. Harga bagi perisian seperti ni biasanya agak mahal.

Salah satu kemahiran pelajar Sains Pemutusan ialah menyelesaikan masalah pembahagian kapal terbang - destinasi tanpa menggunakan perisian yg mahal. Yang perlu cuma kemahiran dalam bidang Sains Pemutusan.

Lagi tentang Program Sains Pemutusan: Klik di sini

Malaysia,Indonesia dan Tarian Pendet


Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang banyak berkongsi kesamaan dalam banyak perkara.Ini disebabkan Malaysia dan Indonesia adalah serumpun.Kita banyak berkongsi ciri-ciri yang hampir sama baik dari segi budaya,tatasusila,agama dan juga bahasa.Dengan terciptanya banyak persamaan ini juga,Malaysia dan Indonesia telah mengukuhkan tali silaturrahim antara satu sama lain.Sejarah telah membuktikan Malaysia dan Indonesia tidak banyak berbeza.Pernah dahulu dicadangkan untuk menubuhkan 'Melayu Raya' iaitu gabungan antara negara Malaysia dan Indonesia untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dan Indonesia dalam peta dunia.Itu adalah salah satu bukti Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama dalam banyak hal bagi menguntungkan kedua-dua buah negara.Tetapi langit tidak selamanya cerah,terkadang-kadang kita sendiri tergigit lidah.Malaysia dan Indonesia pernah melalui hubungan yang keruh sehinngga Presiden Sukarno dahulu pernah mengishtiharkan 'ganyang Malaysia' .Tetapi selepas itu,hubungan antara keduanya menjadi baik malah semakin akrab.Jadi, isu tarian pendet ini tidak harus menjadi punca persengketaan antara kedua-dua buah negara kerana isu sebegini ternyata kecil sekali.Malaysia dikatakan mencuri budaya mereka melalui Klip video Melawat Malaysia yang telah menayangkan Tarian Pendet sebagai satu tarikan.Memang nampak sangat bahawa isu ini telah dimainkan atau diperbesar-besarkan oleh media terutama oleh media Indonesia.Mereka telah membakar semangat rakyat Indonesia dengan memainkan isu-isu terdahulu seperti kes penderaan tenaga kerja, kes sempadan blok Ambalat dan Manohara. Kesannya penduduk Indonesia yang berpendidikan rendah yang mudah terpengaruh dengan sentimen seperti ini.

Saya berharap semua pihak akan dapat bersama-sama dalam usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sesungguhnya hubungan baik dua negara Islam ini adalah kunci kekuatan ummah di rantau Nusantara dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya.

Harapan untuk pihak media dua negara agar memainkan peranan penting dalam menjernihkan suasana, turut kami harapkan. Semoga kebijaksanaan kita dalam bidang masing-masing akan dapat digunakan dalam menangani isu ini.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan.


Thursday, September 10, 2009

Geng:Pengembaraan Bermula DVDRip [2009]


Animasi terbaik Malaysia yg dtunggu2 seisi keluarga yg tidak mnontonnye dpawagam..


Synopsis: The peaceful Kampong Durian Runtuh is suddenly disturbed by a fearsome beast that lurks at night. However, no one dares to find out what it is until Badrol, Lim and their newfound friends stumble upon the very heart of the mystery. A small peculiar otherworldly animal befriends Rajoo and brings the whole gang on an adventure deep into the exotic Malaysian rainforest filled with dangerous animals, including an age-old mystical giant snake.


Link (mediafire):


Single Link (mediafire):




Unique Thailand












Jom p Thailand dan korang akn dapt mcm2 pengalamn baru yg x ternilai.Jauh perjalanan luas pandangan.Mcm yg korang sume sedia mklumThailand merupakn sebuah negara yg exotic.Bermula dari budaya kepada makanannye,sume x trlepas dengan element2 yg unik.Salah satu bende yg mnarik adalah seperti kedai mnjual roti yg mnyerupai anggota badan manusia.Lebih mengerikn roti tu brbntuk tubuh badan manusia yg dah dpotong2 sprti daging lmbu.Penuh tgk citer SAW x? ha..lebih kurang cam2 r.Tp yg mnariknye mmg sebijik cam org betul.Klu aku tobat xnak mkn beb!Korang try r..
For more info visit: bangkokdaytours.com

Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah (Rate of Change)













Ape bende plak ni kan? Bermadah & berpuisi berbagai..Tp itulah hakikat kita yang berada di dunia ini. Makin lama kita hidup..sikit demi sikit kita mengalami perubahan.Manusia berubah sedari lahirnya kita ke dunia ni.Drpd ibu bapa kita xde anak kepada ade anak.Drpd sorang anak kepada 2 org anak dan seterusnye 3,4,5...Pas tuh kita berubah beransur2 drpd baby yg dtatang cam minyak yg penuh sampailah kita menjadi seorg insan yg ditaruh dgn harapan2 yg mggunung.Tp kdg2 harapan hanya tggal harapan..Si anak tidak lagi mnjadi ape yg diharapkan oleh ibu dan bapa.Lebih memeritkan mereka berubah mnjadi seorg yg rosak akhlaknye,hilang nilai2 peradaban,hilang maruah diri dan seumpama dengannya. Jadi tugas manusia dsekelilingnye adalh untuk merubah kembali dirinya menjadi seorg yg baik dan menurut jalan yg lurus.

So,mmg hidup ini mempunyai kaitan rapat dengan perubahan.Ade yang berubah drpd baik kpd buruk dan ade yg drpd buruk kpd baik.Ade yg berubah mmberi manfaat dan ade yg mmberi mudarat.Oleh itu,untuk hidup dengan sempurna dan optimum perlulah kita mengmbil kira kadar perubahan dlm dan dsekeliling diri kite.Cube liht dan prhatikn serta fikirkan berapa kadar perubahn pggunaan petrol untuk smpai ke destinasi yg dtuju.berapa kadar perubahan laju dari titik A ke titik B.Berapa kadar pggunaan kerosin dlm roket untuk smpai ke RSS?Berapa kadar perubahan trend pngundi dlm sesuatu election dan lain2.Hmpir ke semuanye mngmbil kira kadar perubahn.

So, Rate of Change (derivative)atau pembezaan adalah pnting dlm kehidupan.Untuk itu kita kene blajar tntangnye walaupun ianye sgt mmboringkn.Have a fun with Mathematics...

Monday, September 7, 2009

Miskin & Kaya

Aku suke tengok org kaya.Org kaya bergaya,org kaya stylo,org kaya ade klas trsendiri..Aku gak suke tgk org kaya yg action lebih.. mengalahkn Donald Trump, yg suke wat2 gempaq, tengok org sbelah mate..cam die lah yg hebat belaka..Aku x suke tengok org miskin yang dah lah miskin pas2 xnak berusaha,xde matlamat idup,isap dadah..laloq.. tdo kat lorong haji taib cam bangkai bernyawa..tp klu miskin harta tp kaya ilmu,budi pekerti mulia,bantu-mmbantu sesama insan itu lebih baek dr kaya makan harta,rasuah,korup berlagak n poyo..

Pe2 pon kite boleh renungkn ayat ini:

1) Allah tidak suke kemiskinan kerana kemiskinan itu menghampiri kekufuran.
2)Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak merubah nasib mereka sndiri.

So, mari kita tengok profil Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary sebagai orang yang dah berjaya kat Malaysia ni sebagai pnduan & motivasi kita bersame: Click sini

Saturday, July 11, 2009

Decicion Science ebooks Package

Ini adalah senarai sebahagian buku2 yang berkaitan dengan core programme Decision Science di UUM. Buku2 ini kalau dibeli di kedai2 buku mungkin mencecah puluhan dan ratusan ringgit.So, bagi dak2 Decision Science dan dak2 U yang xbrape beruntung untuk membeli buku2 ini di kedai2 buku,download je dengan mengklik pada link yang disediakan di bawah: